Khamis, 5 Mei 2011

Kepentingan Dakwah Dalam Islam: KATA-KATA HIKMAH

Mutiara Kata~


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya  ALLAH 

berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. 

Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 



2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya 

setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia 

berusaha mencari keredhaanNya. 



3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan 

dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya 

dalam dirinya. 



4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah 

memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan 

fikiran. 



5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan 

berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. 



6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan 

mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang 

lainnya sebagai simbolik kesopanan. 



7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, 

insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah

untuk menerokai pelbagai ilmu. 



8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian 

pakai pakaian terbaik, wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun 

hingga jumaat berikutnya-Ahmad. 



9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan 

izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. 



10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila 

berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi 



11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia 

makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu 

pemberian orang lain. 



12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 

jari(ibu jari telunjuk tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 

jari kecuali ada keperluan 



13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau 

sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti 

yang dihadapi oleh para nabi 



14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali 

pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh 



15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat 

banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH 

catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud. 



16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap 

selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi 

apa jua masalah 



17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat 

berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa 

seketika bersama makmum 



18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan 

beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu 



19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda 

makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu 

kenyang mudahkan penghadaman 



20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap 

selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp 

sebarang bencana 



21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan 

menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang 

berkaitan dengan hidung 



22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) 

tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 

kali sehari 



23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap 

hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya 

fitnah 



24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - 

Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang 

berada di kiri badan) mengepam darah 



25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu 

membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat 

keampunan daripadaNYA 



26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan 

An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon 

perlindunganNYA) - Bukhari 



27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang 

akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan 

ALLAH 



28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. 

Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu 

mandi wajib jika ingin tidur 



29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, 

akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang 

melalaikan 



30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat 

melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang 

terdedah aurat) - Bukhari 



31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama 

tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) 

daripada baginda SAW 



32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas 

(mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit 

tetapi maknanya yang menyeluruh 



33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi 

SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari 



34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) 

tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 

kali sehari 



35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi 

memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak 

bosan (atau tersinggung) - bukhari 



36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali 

tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan 

dosa-dosa kecil seseorang 



37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: 

Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana 

dibimbangi terpercik) - Abu Dawud 



38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, 

termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya 



39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 

100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan 

keadaan bercahaya - Abu Naim 



40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu 

terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari 



41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap 

hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka 

baginya 



42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu 

jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih 



43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila 

kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda 

penghormatan) - Muttafaq Alaih 



44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari 

tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun  wabak 

penyakit berbahaya yang lain 



45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering 

melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda 

syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud 



46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat 

mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan 

hajatnya 



47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi 

(apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari.



 Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar 



48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya 

dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap 

selesai solat Maghrib 



49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu 

itu adalah sedekah-Ad-Dailami 



50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik 

dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan 

usaha yang berterusan. 



Sekarang anda mempunyai 2 pilihan : 

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda. 

2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah 

akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 




::: saya dh tolong post kan & sebarkan! :)
Syukran Jiddan ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan